Salam perjuangan buat semua..
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan 'Selamat Bercuti' kepada kesuluruhan mahasiswa FKAB yang akan bercuti. Manfaatkan cuti yang ada dengan sebaik2nya. Berbaktilah kepada kedua ibu bapa anda, kerana jarang sekali kita dapat meluangkan masa yang lama bersama keluarga. Tidak dilupakan, biarlah keberadaan kita di kampung halaman memberi erti kepada orang sekeliling kita. Berilah sumbangan sedaya mungkin kepada masyarakat sekeliling, kerana kita sebagai mahasiswa, punya nilai tertentu yang boleh dikongsi dan diberikan kepada mereka.

Buat adik2 tahun1 yang akan menjalani pengajian semester pendek, saya ucapkan 'Selamat Menjalani Semester Pendek'. Manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya,dan belajarlah dengan bersungguh2 moga beroleh keputusan yang cemerlang. Sekian dulu dari saya,moga kita semua beroleh manfaat dengan apa yang kita lakukan. Salam ceria dan salam penghargaan buat semua. Senyum selalu.

Road Tour MPP Mahasiswa ke FKAB

Posted by Sarzliana | 8:09 PM | 0 comments »

Salam perjuangan buat semua...
Beberapa minggu sebelum minggu peperiksaan akhir yang lalu MPP Mahasiswa telah membuat lawatan ke Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Dalam lawatan tersebut, MPP Mahasiswa telah mengedarkan flyers yang mengandungi butiran kesemua MPP Mahasiswa untuk memudahkan lagi sebarang aduan daripada warga fakulti dibuat secara terus kepada MPP Mahasiswa. MPP Mahasiswa yang hadir juga, telah berjumpa dengan mahasiswa FKAB dan mengedarkan borang aduan demi menjaga kebajikan keseluruhan warga FKAB. Pihak saya sendiri, memohon maaf kerana tidak dapat hadir bersama,namun, saya telah diwakili oleh beberapa orang ahli kelab GMFKAB yang turut sama mengedarkan flyers dan borang aduan tersebut. Terima kasih kepada sahabat2 seperjuangan MPP Mahasiswa yang hadir yang diketuai Saudara Mohd Faiz bin Ismail, juga ditemani oleh, Saudara Wan Ahmad Fahmi, Saudari Nabilah Maiyidin dan Saudari Alia Suzana. Jutaan terima kasih juga kepada warga fakulti yang telah memberi kerjasama yang baik dengan mengisi borang aduan tersebut. InsyaAllah,aduan yang kalian sampaikan kepada kami, akan kami panjangkan kepada Pihak Pentadbiran Fakulti. Kami di pihak MPP Mahasiswa akan terus optimis memperjuangkan kebajikan anda. Bersama ini, dilampirkan juga gambar2 sekitar road tour di FKAB. Sekian,dari mahasiswa untuk mahasiswa.

Selamat Menjalani Latihan Industri

Posted by Sarzliana | 1:42 AM | 0 comments »

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamua'laikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua...
Kepada semua mahasiswa FKAB tahun 3, saya ingin mengucapkan selamat menjalani Latihan Industri yang akan bermula pada ahad dan isnin ini. Semoga teori yang dipelajari dalam dewan kuliah berjaya diaplikasikan dengan baik di tempat praktikal kalian semua. Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin untuk menimba pengalaman sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar kelak, kearah menjadi jurutera profesional. Diharapkan kita semua dapat membawa nama baik fakulti kita di tempat latihan industri masing2 bagi mengharumkan lagi nama Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina juga Universiti Kebangsaan Malaysia. Sekian dari saya, semoga berjaya dalam latihan industri di tempat masing-masing. Go engineer!!!
Sarzliana Soaidin @ Djuhari
MPP FKAB, Tahun 3 & 4

perutusan MPP

Posted by Sarzliana | 6:00 AM | 0 comments »

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Salam perubahan dan salam mahasiswa buat sekalian warga Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti kebangsaan Malaysia.Alhamdulillah segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana masih lagi mengurniakan kehidupan buat semua warga fakulti hingga kini.Segala pujian juga dikembalikan kepadaNYA kerana telah memberikan ruang dan peluang buat diri ini meneruskan lagi langkah perjuangan seorang mahasiswa untuk mahasiswa lainnya.

Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih saya hadiahkan buat mahasiswa fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina yang terus-menerus memberikan kepercayaan kepada saya dalam membawa perubahan ke dalam fakulti kecintaan ini khususnya dan UKM secara amnya.Mandat bagi Kerusi Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina tahun 3 & 4 tidak akan saya persiakan dalam menjaga kebajikan dan hak mahasiswa agar terus terpelihara hingga akhirnya.Dasar perjuangan yang saya bawakan kali ini adalah Falsafah untuk kebajikan dan keintelektualan mahasiswa sebagai melahirkan mahasiswa yang berdaya tinggi dan dinamik dalam pelaksanaan untuk mencetuskan modal insan yang berguna kepada diri,masyarakat,bangsa dan agama.Sebagai seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia wajarlah kita untuk turut sama mendokong falsafah universiti sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan buat varsiti ini yang dilihat mampu melahirkan golongan yang berwawasan dan profesional dalam menzahirkan setiap tindakan.

Demi masa,sungguh ia tidak dapat diputar kembali hingga terasa pantas masa berlalu hingga kadangkala tidak tersedar sudah berada dalam pertengahan semester dua pengajian sesi 2009/2010.Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester kepada seluruh mahasiswa FKAB.Moga segala ketekunan dan penat lelah kalian dalam memperjuangkan kematangan akademik mampu meraih sejuta kemanisan menuju kejayaan.Percayalah bahawa Orang yang berjaya bukanlah orang yang tidak pernah gagal, tetapi mereka adalah orang yang mampu bangkit kembali dari kegagalannya hingga mampu mencapai keberhasilan.

Pengakhiran bicara dari saya,saya menyeru rakan-rakan mahasiswa sekalian bersama-sama saya untuk bergerak seiringan memimpin perubahan dalam membawa perbaikan dan pencerahan buat UKM dan FKAB khususnya.Saya juga amat mengharapkan kerjasama dan sokongan anda dalam melaksanakan dasar perjuangan saya selaras dengan falsafah UKM untuk kepentingan mahasiswa seluruhnya.Justeru,sebarang permasalahan mahasiswa yang berkaitan teruslah untuk berhubung dengan saya agar saya dapat menjalankan tanggungjawab tanpa sebarang keciciran.

“Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu,tetapi aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku.Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi jika aku menyeleweng maka betulkan aku”

(Saidina Umar al-Khattab r.a)

sekian,wassalam.

dari mahasiswa untuk mahasiswa

Sarzliana bt Soaidin @ Johari

MPP Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Tahun 3 & 4

Universiti Kebangsaan Malaysia